
Penamatan Kontrak Serta Merta
Tengahari tadi sejurus selepas saya tiba ke Kota Bharu dari tugas rasmi di Kuala Lumpur, saya dimaklumkan bahawa kontrak perkhidmatan saya dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah ditamatkan dengan serta merta.
Sebaik menerima makluman itu, saya menemui YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Di dalam pertemuan pada 2.45pm di Pejabat Menteri Besar Kelantan saya telah,
1. Mengucapkan jutaan terima kasih diatas kepercayaan Tuan Guru selama ini terhadap saya.
2. Memaklumkan bahawa saya menerima penamatan serta merta ini dengan tanpa rasa terkilan.
Saya kemudiannya meminta YAB Menteri Besar mengajar saya bagaimana untuk bersumpah mengikut syarak kerana saya ingin bersumpah dihadapannya bahawa,
1. Saya tidak pernah membuat sebarang aduan/laporan kepada SPRM berhubung PMBK.
2. Saya tidak pernah memberi sebarang maklumat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional dari Nenggiri berhubung PMBK sewaktu Sidang DUN yang lalu.
Setelah melafazkan apa yang ingin saya lafazkan, saya mengucup tangan YAB Menteri Besar dan meminta maaf sekiranya ada kesilapan di pihak saya sepanjang perkhidmatan saya dan meminta dihalalkan makan minum dan gaji yang saya terima selama ini.
Perjumpaan tersebut disaksikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar.
Semenjak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memasuki premis Perbadanan Menteri Besar Kelantan, terdapat tuduhan-tuduhan dari pihak-pihak yang ditemubual oleh SPRM terhadap saya.
Saya akan berdiri teguh di belakang YAB Menteri Besar sepanjang siasatan ini.
Esok saya akan membuat sidang media untuk menjelaskan dan membersihkan nama saya dari segala tuduhan yang dilemparkan dan kemudiannya akan terus pulang ke Kuala Lumpur.
Perjuangan Belum Selesai.
Patah Sayap Terbang Jua.
Syed Azidi Syed Abdul Aziz
Kampung Demit
Kickdefella
Laporan Say No To Munafiqeen :
KERJA JAHAT MENJATUHKAN TG HJ NIK AZIZ MENERUSI PELURU YANG DIHALAKAN KE ARAH CEO PMBK
KICKDEFELLA dibawa masuk ke PMBK oleh Exco terbabit pada tarikh 3 April 2007 manakala Ir Arifahmi pula dilantik menjadi CEO PMBK baru tidak sampai 3 bulan iaitu sekitar bulan Syawal lalu.
Sepanjang tempoh 3 April 2007 sehinggalah tarikh pemecatannya semalam (10 Vovember 2009), KICKDEFELLA hanya muncul 3 atau 4 bulan sekali di pejabat PMBK. Itupun bukan masuk ke pejabat tetapi sekadar tunjuk muka sahaja.
Apabila pemecatan ini berlaku ramai yang terkejut dan memaklumkan bahawa mereka tidak tahu pun KICKDEFELLA sebenarnya berkhidmat dengan PMBK dan gajinya dibayar oleh PMBK. Termasuk Exco Exco kerajaan negeri Kelantan sendiri.
Umum menganggap gaji KICKDEFELLA dibayar oleh Exco terbabit dan berkhidmat untuk Exco terbabit. Beliau sentiasa berada di pejabat Exco terbabit dan di rumahnya sendiri berbanding menunaikan amanah di PMBK.
Mana mana syarikat pun akan memecat beliau jika begitulah cara beliau bekerja. Jadi, tidak timbul soal beliau dizalimi atau dianiayai oleh sesiapa.
Mengenai tuduhan pihak tertentu bahawa Ir Arifahmi mempunyai "rekod buruk" berkaitan mutu kerjanya, persoalannya, kenapa setelah KICKDEFELLA dipecat, barulah hal ini dihebohkan?
Kenapa tidak diwar warkan sejak dulu lagi? Kenapa setelah pemecatan KICKDEFELLA berlaku?
Berbalik kepada persoalan KICKDEFELLA dizalimi dan dianiayai. Sepanjang tempoh sebelum Ir Arifahmi dibawa masuk ke PMBK, setiap kali bermesyuarat perihal tanah ataupun projek, akan ada suara suara yang akan "menyambar" tanah atau projek itu atas nama TG Hj Nik Aziz sedangkan TG Hj Nik Aziz tak tahu apa apa pun. Ayat "Tok Guru nak" itu sering berkumandang di dalam mesyuarat PMBK.
Waktu itu, siapa yang berani bertanyakan kepada TG Hj Nik Aziz tentang benarkah tanah ataupun projek itu beliau nak? Takde. Kecuali Exco itu sahaja.
Apabila Ir Arifahmi dibawa masuk ke PMBK, amalan menyalahgunakan nama TG Hj Nik Aziz ini tidak lagi berlaku kerana Ir Arifahmi akan bertanya sendiri kepada TG Hj Nik Aziz jika ayat "Tok Guru nak" ini berkumandang di dalam mesyuarat.
Sekali lagi kita berbalik kepada persoalan asal, adalah KICKDEFELLA dizalimi dan dianiayai oleh sesiapa sehinggakan beliau dipecat oleh PMBK? Jawapannya, TIDAK.
Persoalan tersebut timbul akibat rasa kurang senang Exco terbabit apabila cengkaman beliau ke atas PMBK menjadi longgar apabila Ir Arifahmi dibawa masuk ke PMBK dan segala "kerja jahat" beliau didedahkan satu persatu kepada pengurusan PMBK dan Menteri Besar Kelantan.
Jadi, persoalan ini ditimbulkan bagi mengubah isu daripada isu "tangan tangan jahat di PMBK" menjadi isu "tangan tangan jahat Ir Arifahmi". Kenapa ini berlaku? Pastinya kerana Exco terbabit mahu mengukuhkan semula cengkamannya ke atas PMBK dan itu hanya akan berlaku sekiranya Ir Arifahmi berjaya ditendang keluar daripada PMBK.
Jadi, bagi KICKDEFELLA dan Exco terbabit, sama ada cepat atau lambat, Ir Arifahmi "wajib" dijatuhkan. Maka, muncullah laporan demi laporan kepada SPRM supaya kredibiliti Ir Arifahmi terhakis sedikit demi sedikit.
Itu tujuan yang tersurat. Tujuan yang tersirat pula adalah untuk menjatuhkan TG Hj Nik Aziz setelah Exco terbabit mendapat maklumat bahawa nama beliau bukanlah nama yang dipilih oleh TG Hj Nik Aziz bagi mengisi kekosongan kerusi Menteri Besar Kelantan selepas pengunduran TG Hj Nik Aziz.
Bagaimanakah imej TG Hj Nik Aziz boleh dicalarkan? Cukup dengan hanya mencedera parahkan Ir Arifahmi. Memadai dengan menghakis sedikit demi sedikit kewibawaan Ir Arifahmi. Apabila Ir Arifahmi berjaya dipotretkan sebagai seorang CEO yang tidak amanah, maka tentulah pihak yang melantik Ir Arifahmi itu juga secara tidak langsung berjaya dipotretkan sebagai pihak yang mengamalkan kronisme.
Jika ini berlaku, maka berjayalah puak puak serigala lapar ini untuk menguasai PMBK dan seterusnya menguasai Kelantan dengan tersungkurnya TG Hj Nik Aziz.
Benarlah kata kata seorang pimpinan PAS di Kelantan - PAS AKAN JATUH DI KELANTAN APABILA TG HJ NIK AZIZ TIADA. JATUH BUKAN KERANA UMNO MENJADI KUAT TETAPI JATUH KERANA PEREBUTAN KUASA SESAMA PIMPINAN PAS DI KELANTAN.
Yang benar benar kelihatan seperti "gila kuasa" atau gila "kerusi MB Kelantan" hanyalah Exco yang seorang itu sahaja.
Kami akan terus membongkar dan mendedahkan segala galanya jika yang dipecat itu masih mahu mengatakan dirinya dizalimi dan dianiayai oleh PMBK.
Jangan sentuh TG Hj Nik Aziz kerana kami akan berdiri di hadapan beliau selagi mana beliau mentaati Allah swt dan Rasul-Nya.
Say No To Munafiqeen
Laporan Manjong Mari :
Kelantan Pulak Dah...Inikah Blogger Yang Dimaksudkan Oleh TGNA.
Salam Sejahtera...
Ribut yang berlaku di PMBK hampir terlerai sudah.. Insyaallah. Hari ini 10 Nov 2009 blogger terkenal Kickdefella telah ditamatkan perkhidmatannya di PMBK. Keputusan penamatan jawatan ini adalah atas kehendak dan persetujuan TGNA sendiri selaku Pengerusi PMBK.
Beliau yang menjawat jawatan Pegawai Perhubungan Awam kononnya hanyalah sebagai nama sahajal,,,,dengan dibayar gaji RM4 ribu lebih sebulan.
Tugasnya utamanya ialah menulis didalam blognya untuk membantu menaikkan nama seorang ahli Exco Kelantan, inilah yang dikatakan makan gaji buta...... Mungkin ada yang tahu siapa EXCO itu, tapi biarkanlah dahulu, aku tak boleh terkehadapan untuk melapor berita ini.
Apakah ia yang dimaksudkan oleh TGNA yang melaporkan kononnya ada penyelewengan di PMBK... apa pun sebenarnya beliaulah dan ramai lagi yang menjadi biawak hidup dalam agensi-agensi anak syarikat kerajaan Negeri Kelantan.
Penyelewengan tersebut telah dapat dikesan oleh pegawai-pegawai yang memegang amanah, insyaallah, kami akan membongkar dan melaporkan apa jua penyelewengan. Buat EXCO yang terlibat tu, cukuplah, terimalah hakikat yang sebenarnya....
Tahniah buat TGNA selaku Menteri Besar Kelantan yang bertindak tegas demi melaksanakan tugas yang diamanahkannya.
Manjong Mari
Komen Neutral : Neutral takut isu ini akan menyebabkan PAS yang kini dikatakan terpecah dua akan terpecah tiga pula.





Husam punye kejela ni. Saje je nak kenekan TGNA
nasa, husam, hasan ali, khalid samad
nama2 ni jgn bagi apa2 jawatan dalam pas dan jgn beri lagi jadi wakil rakyat
biar diaorang jd ahli ps biasa je
msa tu baru kita dpt tgk siapa yang pas tulen sape yg pas celup
kenape nak salahkan husam
siapa sebenarnya yang nak jatuhkan TGNA
malas nak menuduh lu fikir sendiri