Terkini di Neutral Daily


RM 100/Sebulan

Friday, November 20, 2009

Saman dan Fitnah : Adakah Blogger PAS Berpecah? | Nizar News



Perkembangan terkini hari ini di dunia blog ada 2 perkara;

Pertama adalah mengenai kemungkinan blogger Perisik Rakyat dan Malaysia Waves disaman oleh saudara Suwardi Yaacob kerana menulis beberapa pernyataan yang berunsur fitnah,tidak benar dan tidak berasas di dalam artikel yang bertajuk 'Suwardi Yaakob Di Belakang Konspirasi Menjatuhkan MB Selangor'.

Satu surat telah dikeluarkan oleh firma guaman ZULPADLI dan EDHAM yang mewakili saudara Suwardi Yaacob untuk menggesa kedua-dua blogger berkenaan untuk :
1, Mengeluarkan artikel yang terbabit daripada blog mereka.
2, Membayar ganti rugi.
3, Surat mohon maaf dan diiklankan di akhbar perdana.
4, Membuat pembetulan mengenai perkara terbabit di blog.

Sehingga artikel ini ditulis kedua-dua blogger terbabit dikatakan tidak melayan sebaran tuntutan-tuntutan yang dinyatakan di atas.

Kedua, adalah mengenai penyiaran surat yang dikeluarkan oleh Ustaz Idris Ahmad Kepada Saudara Mat Sabu berikutan isu teguran kepada Tuk Guru Nik Aziz yang disiarkan oleh blogger Bagan Utama dan blogger Aduka Taruna. Menurut blogger Al Banjari yang dilaporkan menghubungi kedua-dua individu-individu yang terlibat tadi,surat itu dipercayai tidak benar dan berunsur fitnah apabila kedua-dua individu itu menafikan kewujudan surat berkenaan.

Dalam respon balas, Aduka Taruna dilaporkan menulis bahawa penyiaran surat berkenaan hanya berunsur pertanyaan (mungkin bermaksud bukan untuk mengesahkan kewujudan surat berkenaan) dan blogger Bagan Utama hanya menjawab yang blog berkenaan tidak mengejar rating dengan penyiaran surat terbabit.

Adakah 2 isu ini membuktikan pada masa kini para blogger PAS telah berpecah kepada 2 kumpulan?
Apa akan terjadi dengan perjuangan parti PAS yang mereka sokong akibat timbulnya 2 isu ini?

Kita minta mereka jawab kerana hanya mereka sahaja yang tahu jawapannya..
Read more...

Nilai Umat Islam di Malaysia hanya 1 Sen


Oleh: Hamzah Fansuri

Kematian seorang pemuda di Perlis kerana dikatakan ditembak oleh pihak Polis kerana mengamuk seakan lansung tiada nilai berita. Bayangkan jika yang mati tersebut adalah orang Cina dan India, sudah tentu isu tersebut akan meletup dan diperbesarkan oleh pelbagai pihak. Sepertimana yang berlaku kepada Kugan dan Teoh Beng Hock, Kugan yang dulunya merupakan penjenayah kini dianggap wira oleh sesetengah pihak. Manakala kematian Teoh Beng Hock pula dijadikan alasan untuk memburukan pihak berkuasa.


Hingga hari ini tiada parti pun samada dari UMNO, PAS, PKR, DAP atau mana-mana NGO begitu ekstrim memberi bantuan dan khidmat nasihat kepada keluarga mangsa.
Di johor sebelum ini apabila seorang nelayan mati ditangan pihak berkuasa Singapura, semua pihak membisu diam seribu bahasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku, walhal hakikatnya banyak kecurigaan yang menyebabkan kematian nelayan tersebut.

Kedua mangsa ini adalah orang Melayu dan beragama islam, dan kedua parti yang berteraskan Melayu dan Islam iaitu UMNO dan PAS juga gagal memberi pembelaaan kepada dua mangsa ini.
Mungkin boleh kita katakan berita kematian orang Melayu Islam langsung tiada nilai berbanding nyawa orang Cina dan India di Malaysia.

Ini bermakna nasib orang Melayu di Malaysia tidak ubah seperti nasib orang Palestin, tiada siapa ambil peduli. Sepertimana orang Palestin yang sentiasa berkonflik sesame sendiri hingga wujud kumpulan Hamas dan Fatah, Orang Melayu juga lebih suka melakukan aksi sedemikian melaui parti politik.

Parti UMNO memulau majlis anjuran orang PAS, manakala orang didalam PAS pun melakukan tindakan yang sama. Amat sukar kedua parti politik ini saling bekerjasama demi membangunkan umat islam, ego politik menyebabkan kedua parti ini saling bermusuhan dan melancarkan perang. Dan ini amat berbeza dengan ahli politik bukan Melayu di Malaysia, walaupun mereka berbeza parti namun dalam isu social dan kemasyarakatan mereka akan saling bersama dalam menyuarakan pendangan. Malah ada dikalangan mereka berada di platform yang sama dalam badan Pertubuhan Bukan kerajaaan (Ngo) demi membela kaum masing-masing.

Konflik politik orang Melayu yang tidak berkesudahan telah membawa orang Melayu seakan terpinggir dari hak yang ada pada Perlembagaan. Di Parlimen wakil rakyat DAP tanpa segan silu, mempertikai hak bumiputera, walaupun sudah termaktub dalam perlembagaan perkara tersebut tidak boleh diusik.

Kelesuan wakil rakyat Melayu dan Islam daripada Parti politik berteraskan Melayu dan Islam menyanggah pandangan DAP ini member signifikan bahawa kuasa orang islam kini amat lemah, politik tawar menawar yang tidak adil diamalkan oleh parti politik samaada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional sebenarnya lebih banyak merugikan hak orang Islam.

Bayangkan UMNO dan PAS terpaksa tunduk kepada desakan pihak cauvanis didalam parti gabungan masing-masing, sedangkan tuntutan orang Melayu Islam telah banyak diabaikan. Sedangkan nisbah komposisi bilangan kaum di Malaysia majoritinya adalah Bumiputra Islam.
Situasi ini tidak ubah kedudukan segelintir orang Yahudi di Israel yang dikelilingi jutaan orang Islam, namun hak orang yahudi lebih terjamin berbanding orang Islam oleh badan dunia Antarabangsa.

Hingga kini kedua parti politik ini masih lagi giat untuk menyalahkan antara satu sama lain, UMNO menuduh PAS, dan PAS pun menyalahkan UMNO. Anehnya kedua-dua penyokong parti ini amat bangga jika dapat menyerang antara satu sama lain. Dan jika satu-satu pihak memenangi pilihanraya pihak tersebut dengan bongkaknya akan mendakwa merekalah jaguh sebenar untuk membela umat Islam dan Melayu.

Situasi yang tidak berkesudahan ini menyebabkan wujud kerisauan dan tanda tanya dikalangan orang Islam yang bukan pengikut mana-mana parti. Kerana golongan ketiga ini takut situasi “menang sorak kampong tergadai” akan menjadi realiti, hingga umat islam terpinggir menjadi satu bangsa yang menjadi peminta sedekah akhinya.

Read more...

Cerita Mat Sabu,Nik Aziz dan Desas-Desus Terkini di Kelantan | Nizar News



oleh Editor

Semalam saya terbaca di blog Penjual Ubat mengenai pendapat Mat Sabu yang dilaporkan memberi penghargaan kepada orang yang mengkritik Tuk Guru Nik Aziz tentang isu pembiayaan haji ke Mekah dan tidak bersetuju langsung TGNA dibiayai mengerjakan haji.
Menurut Mat Sabu soal pembiayaan ini perlu dielakkan kerana TGNA seorang yang mempunyai kedudukan dan biasanya orang yang membiayai akan mempunyai hasrat dan niat yang tertentu.

Dalam pada itu Mat Sabu juga dilaporkan berkata beliau tidak mempunyai niat untuk menuduh TGNA, tetapi mungkin menyifatkan perbuatan ini dilakukan TGNA tanpa sedar. Berikutan itu juga satu surat dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad untuk menegur Mat Sabu seperti yang disiarkan oleh blog Bagan Utama.

Kesahihan surat ini belum disahkan kepimpinan PAS dan ada satu komen di Perak Express yang menyifatkan surat ini hanya palsu dan bersifat untuk menarik perhatian.

Ada juga desas-desus yang mengatakan Mat sabu juga akan dihadapkan jawatankuasa disiplin PAS Pusat berikutan hal ini akibat desakan berterusan daripada pelbagai pihak.

Apa yang menariknya dalam isu ini ialah pembiaya yang sepatutnya membiayai TGNA ke Mekah ialah saudara Din Mardi. Orang yang dilaporkan oleh blogger Meli Kapak Jangak dan disiarkan semula Neutral Daily di sini sebagai orang yang amat rapat dengan saudara Mat Sabu.

Timbul 2 persoalan mengenai hal ini iaitu;
Adakah kritikan Mat Sabu ini sebenarnya disebabkan persengketaan beliau dengan Din Mardi?
ataupun,
Kritikan ini sengaja diatur oleh Mat Sabu dan Din Mardi sendiri untuk menarik perhatian?

2 persoalan ini harus dijawab oleh saudara Mat Sabu sendiri yang kini sedang dilobi oleh ramai pihak untuk beliau dicalonkan sebagai calon PAS di PRK Kota Siputeh untuk menjernihkan keadaan. Mungkin, isu kritikan ini akan menyebabkan Mat Sabu sekali lagi tidak akan dipilih selepas PRK Kuala Terengganu.

Apa-apa pun Neutral Daily tetap bersangka baik terhadap beliau seperti blogger Penjuat Ubat yang menulis sememangnya saudara Mat Sabu merupakan 'seorang yang memang berpandangan jauh dan seorang pejuang tulen PAS'.

Dalam perkembangan terbaru, TGNA dilaporkan melakukan 3 perkara drastik di Kelantan untuk meredakan isu-isu yang menekan PAS di sana iaitu;

1.Membatalkan pemergiannya ke Mekah hasil tajaan
2.Mengarah menantunya yang menimbulkan kontroversi meletak jawatan sebagai CEO PMBK
3.Tidak banyak, malah hampir tidak membuat satu pun kenyataan akhbar selepas mengumumkan penangguhan menunaikan haji dengan tajaan.

Untuk maklumat lanjut layari blog Meli Kapak Jangak. Beliau ada mengulas dengan lebih terperinci di sana.

Dalam pada itu juga, Neutral Daily turut mendengar desas-desus bahawa TGNA akan memecat seorang exco kerajaan negeri berikutan isu terbaru melibatkan kerajaan Kelantan ini. Maaf Neutral Daily tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut, kerana perkara ini masih lagi bersifat khabar angin.

Sama-sama kita tunggu adakah perkara ini benar-benar berlaku atau tidak.

Di akhirnya, Neutral Daily berharap isu ini akan redha dan hal pembangunan rakyat akan kembali diutamakan di Kelantan. InsyaAllah !
Read more...

Thursday, November 19, 2009

Tok Guru Nik Aziz ditenangkan oleh orang UMNO ?


Nampaknya Nazri Aziz muncul menjadi watak pendamping yang menyejukkan keadaan. Saya percaya inisiatif Nazrilah menyebabkan Anwar dan Najib dapat duduk sekali dan memberi post istimewa kepada rakyat Malaysia. Nazri seperti dimaklumi seorang yang terbuka, tidak melihat perkara remeh sebagai penting. Nazri boleh membezakan mana politik peribadi, politik negara dan politik bangsa.


Kerana itu Nazri diminta tolong bukan saja oleh orang Umno, tetapi orang Pas juga memohon bantuan kepadanya. Semasa dia jaga Mara banyak anak-anak orang Pas yang dibantunya mendapat biasiswa ataupun ke sekolah Asrama penuh. Bahkan ada ahli Parlimen Pas yang keputusan wang meminjam dengan Nazri sebanyak RM2,000 dan ada juga yang mendapat permit teksi.


Nazri tidak peduli siapa orang itu, bulan ke, mata ke, yang penting dia adalah anak Melayu. Semangat nasionalis Nazri begitu tinggi sekali. Nazri juga tidak malu dan ego untuk memohon maaf kalau dia bersalah. Kalaulah semua ahli politik mengambil sikap terbuka dan pro seperti Nazri rasanya banyak masalah Melayu dapat diatasi.

Apabila beliau mendatangi Tok Guru Nik Aziz yang kira dalam situasi berduka atas musibah yang berlaku, sekali lagi menunjukkan Nazri seorang pandimping yang baik. Dia mungkin faham apa yang bergelombang dalam diri Tok Guruku itu. Sebagai menteri yang menjaga hal ehwal SPRM, kedatangan Nazri itu tepat untuk menjelaskan duduk sebenar kepada Tok Guru ataupun menjelaskan mengenai bidang kuasa SPRM dan juga akta-akta berkaitan dengannya.
Setidak-tidaknya dengan kedatangan beliau itu dapat mengubati hati Tok Guru.
Mungkin ada yang bertanya siapakah yang menghantar Nazri menemui Tok Guru? Yang mengajar Nazri mengunjungi Tok Guru? Saya kira tidak tiada siapa yang mengajar Nazri dalam hal ini dan apa yang berlalu itu inisiatif beliau sendiri. Dan saya rasa tiada siapa yang ingin bermain politik dengan menghantar Nazri.


Biarlah kita tidak fikir huduh, dan jangan peduli siapa yang menghantarnya. Tetapi marilah kita menerima pemergian Nazri berjumpa Nik Aziz itu atas inisiatifnya sendiri setelah beliau memahami keadaan Tok Guru masa ini. Kedatangan itu untuk menenangkan keadaan dan diharap membuka sinar baru.

Tentunya setelah mendapat penjelasan serba sedikit dari Nazri lega hati Tok Guru. Tenanglah tidurnya dan berseleralah makannya. Di sini bagi pihak rakyat Kelantan dan antara ribuan yang menyanyangi Tok Guru saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Nazri. Terima kasih.


Barang kali wajar kalau orang yang ingin berdebat dengan Nazri atas isu royalti minyak meralat semula hasrat mereka. Walaupun soal royalti itu penting tetapi seharusnya orang yang hendak berdebat itu merasa malu dan bangga dengan sikap Nazri. Dalam keadaan Tok Guru dirudung duka, apakah debat itu perlu? Keadaan kini sudah jadi terbalik, orang yang datang mengubati hati Tok Guru bukan orang Pas tetapi orang Umno.

Dipetik dari laman -MSO


Read more...

Krisis Saudi,Yaman dan Iran : Alasan Amerika Untuk Menyerang Iran ? | Nizar News



oleh Editor

Isu terbaru di timur tengah sekarang ialah isu pertempuran antara 2 bukit yang terletak di sempadan Yaman dan Arab Saudi. Pertempuran ini melibatkan tentera Saudi dan pasukan pemberontak Houti yang bermazhab Syiah dan berasal dari Yaman.

Menurut beberapa sumber aktiviti-aktiviti pengeboman telah dilakukan oleh tentera Arab Saudi dan semua ini di atas permintaan pemerintah Yaman sendiri yang memohon bantuan Arab Saudi untuk menghapuskan golongan pemberontak yang bermazhab Syiah serta dituduh sebagai proksi Iran di Yaman.

Apa yang menariknya ialah penglibatan Iran dalam konflik ini. Iran yang majoriti penduduknya bermazhab Syiah telah mengkritik kerajaan Yaman dan Arab Saudi kerana melakukan pembunuhan terhadap puak Houti. Iran dalam makna lain mempertahankan puak pemberontak Houti yang bermazhab Syiah.

Secara keseluruhannya, isu ini dijangka bertambah rumit dengan isu mazhab mengambil tempat iaitu ditakuti perang saudara(Syiah lawan Sunnah) akan berlaku di Timur Tengah yang melibatkan 3 negara,Iran,Yaman dan Arab Saudi.

Apa yang ingin disampaikan oleh Neutral Daily ialah krisis mazhab dan krisis di antara 3 negara timur tengah iaitu Iran,Yaman dan Arab Saudi ini pasti akan dijadikan alasan konkrit untuk Amerika Syarikat menyerang Iran kerana sudah diketahui umum, Arab Saudi adalah sekutu rapat Amerika Syarikat.

Maka jika hal ini berlaku bertepuk-tampar dan bergembiralah Yahudi Amerika dan Israel kerana musuh ketat yang menjadi ancaman mereka akan diserang oleh pihak bersekutu termasuk Arab Saudi dan Yaman.

Harapan Neutral Daily adalah untuk OIC dan Liga Arab memainkan peranan untuk menghentikan isu ini daripada berlarutan kerana ia akan memberikan kesan yang buruk kepada umat Islam seantero dunia serta memberi kelebihan kepada Israel dan sekutunya.
Harga minyak juga akan melambung tinggi dan menekan negara-negara dunia ketiga serta negara membangun termasuk Malaysia.

Bagi Neutral Daily, sepatutnya yang diperangi adalah Israel yang sekian lama meragut nyawa penduduk bumi Palestin.

OIC dan Liga Arab sila bangun daripada tidur dan buat kerja !

Lihat gambar-gambar mangsa perang saudara di sempadan Yaman seperti di bawah. Neutral Daily petik di sini.





















Read more...

Channel YouTube Neutral Daily



Isu Hangat di Neutral Daily

EGM PAS (....)
Krisis Politik MCA(....)
Krisis Politik Selangor(....)
Inkues Kematian Teoh Beng Hock(....)

Penyokong Kelantan ganas dan tidak bertamadun?


Oleh : Firdaus Yusuf

Sungguh memalukan, itulah ayat yang paling sesuai kesudahan Perlawanan Akhir Piala Malaysia diantara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Kejadian kerusi dibakar, balingan mercun bukanlah budaya kita namun penyokong Kelantan seakan menjadikan ia budaya untuk dihalalkan.(...)

1 Kelantan bawa Red Wariors ke puncak kejayaan

Oleh : Firdaus Yusuf

Sungguh unik orang Kelantan, walaupun berbeza politik mereka mampu berbincang untuk kepentingan negeri. Itu mesej yang dapat dilihat apabila hubungan mesra Tok Guru Nik Aziz dan Dato Anuar Musa dalam membantu dan membangunkan Pasukan Bolasepak negeri yang kini berada dikemuncak prestasi terbaik mereka.(...)

Live Sidang Parlimen-Ehsan WEBTV PAS

  • Sidang Dewan Rakyat bermula 19 Oktober 2009 hingga 15 Disember 2009 (35 hari). Waktu persidangan adalah pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang. Siaran langsung menerusi WebTV MPPAS.


Laman: http://mppas.blogspot.com
Prompt: If you cannot view program, please download and install play engine Download Now

Tekan Stop Jika Menganggu

Video Neutral : Temubual Anuar Shaari,Laporan Polis Dokumen Saham Azmin Ali

Laporan Neutral Daily di sini.

Kemenangan ISA yang membawa tengkarah kepada UMNO

Hamzah Fansuri

Sesudah memenangi pengundian di Bagan Pinang, UMNO dijangka berdepan permasalahan yang besar selepas ini. Cita-cita UMNO untuk memerangi gejala politik wang seakan sukar dengan kemenangan besar ISA di Bagan Pinang.(...)

Sokongan bukan Melayu kepada PAS kian luntur


Setiausaha Agung Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Mustafa Ali, mengakui bahawa penubuhan parti baru kaum India, Makkal Sakthi, telah menyebabkan PAS kehilangan sokongan kaum bukan Melayu dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang baru-baru ini, demikian lapor sebuah laman berita dalam talian tempatan semalam.(...)

Wakil Rakyat Sebagai Pusat Kebajikan

Hamzah Fansuri

Dalam tempoh beberapa hari lagi warga bagan Pinang akan memilih seorang calon untuk diangkat menjadi wakil mereka di Dewan Undangan Negeri, Negri Sembilan.

Samada calon tersebut adalah calon BN atau calon PAS itu bukanlah persoalan, keutamaannya sudah tentu calon tersebut dipilih kerana kemampuan calon tersebut untuk membawa suara rakyat di peringkat yang lebih tinggi. Sudah pasti juga faktor personaliti sekali lagi akan memainkan peranan utama dalam memilih siapa yang memenangi pilihanraya tersebut.(...)

Sudah Tiba Masanya Pakatan Rakyat wajar didaftar secara sah?


Seharusnya bermula saat ini, gabungan Parti didalam Pakatan Rakyat menyahut saranan agar mendaftar nama gabungan tersebut secara sah. Dolak dalih dan pebagai alasan yang diberikan hanya memberikan mesej bahawa Pakatan Rakyat tidak serius ingin memerintah negara.(...)

Ikuti Neutral Daily di Facebook dan Twitter

Siapa Exco Kanan akan ditarik balik gelaran Datuk?

Akan bergoncangkah Kota Darul Naim jika benar seorang exco Kerajaan Negeri ditarik gelaran oleh pihak Istana?


Oleh Hamzah Fansuri

Penulis Politik Mohd Sayuti Omar didalam di blognya http://MSOMelayu.blogspot.com memberi isyarat seakan ada seorang tokoh politik dari kerajaan PAS Kelantan akan ditarik balik darjah gelaran kebesaran (Datuk ) yang diperolehi. Dan perkara ini hangat diperbincangkan oleh masyarakat di sekitar Kota Bahru semenjak hari raya Aidilfitri seminggu lepas.(...)

Radio dan TV Online Ehsan GreenBoc

Statistik

 

Copyright © 2009 by Neutral Daily